Nanti bila sampai masa.

Tuhan, agama, syurga, pahala,
Benda yang selama ini ayah dan mak ajar
Aku turut tanpa memahami
Walau kadang jauh tersasar
Tapi sentiasa kembali
Atas kehendaknya
Atas kemahuannya.

Wallah aku tak pernah rasa secukup ini,
Cukup ada kasih sayang keluarga,
kasih sayang adik beradik,
kasih sayang mak ayah
Kasih sayang kawan kawan
Dan ultimately,
Kasih sayang dari Dia.

I find love in so many people and so many things,
Love does not have to come in the form of a man,
Or soulmate
Or romantic attachment.
Bagi aku cukup ada keluarga
Cukup ada kawan
Cukup ada Tuhan,
Wallah,
Cukup.

Kalau dulu, aku selalu rasa aku dah ada timeline tetap untuk hidup aku.
Belajar, lepastu universiti, kerja, kahwin, dapat anak, mati.
Macam a pre-programmed timeline
Benda tu yang aku so certain of.

Tapi at 23, none of that matters anymore.
Aku kahwin? Alhamdulillah
Aku tak kahwin, Alhamdulillah
Aku takda anak, Alhamdulillah
I am genuinely fine with or without.

Yang penting, yang paling penting,
Hari hari aku doa,
Bila aku dah pergi nanti
Aku nak jumpa balik setiap sorang ahli keluarga aku
Kawan kawan aku
Kenalan aku
Dekat Syurga
Aku nak hidup selama lamanya dekat sana
Dengan orang yang aku sayang
Dengan orang orang yang sayang aku.

Apa sangat lah dunia
Esok boleh mati
Lusa boleh mati
Lagi 10 tahun boleh mati
What will matter then?
Nothing but whatever you've worked for
For the eternal hereafter.

Aku taknak hidup lama
Sebab aku takut.
Dulu aku takut mati
Sekarang, walaupun aku tahu aku tak sedia
Aku tunggu saat tu
Sebab aku rindu,
Rindu banyak sangat benda
Tapi aku tahu, aku takkan rindu dunia ni.

Wallah,
Bukan sebab aku tak bahagia,
Bukan sebab aku tak happy,
Bukan sebab aku depressed.
Aku cukup
Dari semua aspek,
Tapi aku nak hidup lebih dari bahagia
Lebih bahagia dari apa yang aku rasa disini,
dekat sana.

Jumpa Abang, jumpa Izzat, jumpa atok nenek yang tak pernah aku kenal.

Mati tu benda yang menyedihkan untuk si hidup
Untuk yang kena belajar teruskan hari dalam kehilangan,
Trust me aku dah pernah rasa.
Tapi sepanjang mana pun umur aku
Life is indeed fragile, it's short.

Aku tahu kita akan jumpa semula
Masa tu, kita cerita all of the things we've missed
Masa tu takda rasa sedih, sayu
Sebab aku harap, kita semua bahagia
Aku doa, kita semua bahagia.

Aku tak kejar dunia
Apa yang ada?
Flawed, dirty, incomplete, cruel.
Virus, perang sini sana.
Apalah yang ada?
Melainkan tempat persinggahan sementara
Tempat nak kumpul harta
Dalam masa yang tak selama mana
Apa erti semua,
Kalau bukan jodoh,
Tapi ajal yang sampai dulu?

Aku lagi takut hidup lama
Dari mati.

Sumpah aku cakap
When your relationship with Him is in check,
Nothing else matters
Genuinely,
I've never felt this complete.
Aku dah tak cari apa dah
Sebab jujur aku cukup
Alhamdulillah,
Aku betul betul cukup.

Like any other relationship,
Semuanya perlukan effort, perlukan usaha.
Macammana kau nak rasa bahagia,
Kalau kau tak cari Dia.

Dulu aku nangis dalam solat sunat taubat
Nangis dalam Raudhah
Nangis tepi Kaabah
Tapi ada masa
Azan pun aku tak hirau.

Masa tu hati kotor, tapi tak rasa kotor.
Masa tu jauh, tapi tak rasa jauh.
Mungkin hati sekarang taklah sebersih mana
Tapi walaupun hati aku tak pernah terlalu keras
Alhamdulillah,
Tak pernah aku rasa hati selembut sekarang.

Memang aku pendosa,
Tak cakap aku sempurna,
Takkan pernah jadi sempurna
Tapi asal bawah lindungan Dia
I am certain
That I will be okay.

Tak pernah mengaku diri ni alim,
Diri ni lebih baik dari yang lain,
Jauh.
Tapi apa signifikan memapar kebaikan,
Kalau dalam hati takda sikit pun rasa bahagia,
bila dekat dengan Dia?

In the end, relationship kau dengan Dia,
Kau sorang je rasa.

Aku syukur aku dapat rasa
How much He loves me
How me He has protected me
And how much He is protecting me
Betapa banyaknnya benda yang Dia dah permudahkan untuk aku

Hati dan perasaan,
Memang Tuhan yang kawal,
Siapa lagi yang izinkan aku rasa,
Kalau bukan Dia?

Banyak benda aku tinggal,
Banyak benda aku buang
Banyak benda aku jauhi,
Banyak hari aku nangis,
Sebab aku nak cari dia.

Dari dulu aku cuba faham,
Apa yang mak ayah aku ajar,
Apa yang aku nak sangat masuk syurga,
Untuk apa aku solat,
Kumpul pahala?

Tapi aku tetap buat,
Sebab benda tu by default.
Aku tahu Tuhan ada,
Tapi connection tu ada pun,
Dia setakat wujud je.

Tapi,
Dalam 23 tahun aku cari,
Baru sekarang aku jumpa.

23 tahun aku hidup,
Baru sekarang aku dapat rasa nikmat hidup berTuhan
Nikmat berdoa
Nikmat redha dalam usaha
Nikmat tawakkal
Nikmat percaya,
Nikmat ketenangan
Nikmat kasih sayang
Dalam redha Nya.

Kalau aku pergi dulu,
doa aku tunggu yang akan menyusul,
di Syurga.
Kalau yang lain pergi dulu,
aku doa kau tunggu aku,
Dekat Syurga
Sampai tiba ajal aku,
Kita akan jumpa semula.

Selagi masih hidup,
Sekejap mana pun
Atau selama mana pun
Aku akan terus usaha
Untuk perbetul niat,
Untuk pulang,
Untuk cari,
Untuk tak mensia-siakan peluang,
Waktu,
Demi mencapai kejayaan hakiki.

Takkan pernah akan ku lupa,
Allah yang satu, Allah yang sempurna.

Doaku tak putus,
Untuk aku, atau kau,
ahli keluargaku,
Untuk pergi.
Dalam rasa bahagia,
Dan hidup dalam bahagia,
Dunia, akhirat.

Apa yang dah tertulis,
Aku harap yang terbaik,
Akan aku terus bersangka baik,
Because indeed,
He is the best planner.

Sampai masa,
Dengan kehendak-Nya
Kita semua akan faham.

Semoga Allah permudahkan.
Hidup disini
Dan dekat sana.


15' March // 2020

Popular posts from this blog

to The One Who Listens ♡

16/17 years old me

Random post on my day, raya and all good stuff