Best holiday ever!

Assalamualaikum Hi :)


Kay banyaaak gila aku rasa aku nak update ni. Okay jom :D



Sunday 26/12/11


So on Sunday, kami pergi mendaki Bukit Broga. So pagi tu aku semangat gilalah, bangun pukul 4. Lepastu pergi bilik kejut lah budak budak perempuan dulu. Semua reject. Kata selsema lah, penat lah sakit perut lah. Iram pulak kata nak tapi dok mengorok lagi. Pergi bilik lelaki pulak Izzat dok main game bola tak tidur, kejut lah mereka mereka.  Last last yang pergi abang, aku, lee, izzat, izzati, dayat, hashib, wari, and mamoo. Kitorang gerak dari rumah pukul 5 then sampai sana daki lah. Pukul 630 tak silap dah sampai. Dalam 1 jam gitu. View dia  omyyy cantik sangat. Then kitorang dok nom nom sardin dalam tin yang mentah tu dengan roti. Sedap wooooo. Lepastu solat lah subuh. Seriously bestt gila kot, adventure. Bukan selalu dapat solat atas gunung. Angin dia pun bukan sepoi sepoi bahasa dah, hampir tumbang aku. Lepastu kitorang lepak lah situ ambil gambar, buat video yada yada. 9 lebih baru balik pergi makan roti canai. Sampai rumah budak lelaki semua barai macam dugong. Nasib baik aku survive! MUAHAHHAA. Ni dia some of the pictures.











Petang tu pulak kitorang 3 family pergi makan Hokkaido dekat KL. Then lepas maghrib kitorang jalan jalan dekat Masjid India. Memang best gila. Meriah kot ramai ramai. Hari tu memang terlaluuuu memenatkan. Sampai rumah aku pulak barai.


Monday 27/12/11


Esoknya pagi pagi pulak pergi mandi singai dekat Hulu Langat. Lagilah layaaaaan. Aku mandi memang tak ingat dunia. Betapa enaknya kesejukan air sungai tu. wooooooooo. 


Tuesday 28/12/11


Nothing much. Kitorang pergi karaoke ramai ramai. And i nailed lagu My All! Wohooo xD


Wednesday 29/12/11


Today kitorang ada Girls day out :) Hahaha. Kitorang kaum hawa iaitu my mummy, kakak aku dan sorang lagi kakak aku, Iram, Nabilie, Izzati and Saima pergi lah One Utama. Dekat sana kitorang ber-chillin and beli barang sekolah sikit --/ Sakai tak? Hahaha. Tak ah. COOL :) Lepastu plan nak tengok Ombak Rindu tapi you know, what else. FULL. Takpelah. Aku dah tengok dah 2 kali dah. Tapi kesian dekat Nabilie and Zati sebab ngidam nak tengok cerita tu. Lepastu dah habis shopping dekat sana kitorang straight to Sunway Pyramid pulak. Dekat sana pun shopping shopping jalan jalan. Lepastu Sunway straight to Restoran Murni pula. Dekat sana membuncitkan perut makan ini. Chicken Carbonara, Spaghetti Meatball and Chicken Napolean. Drinks pulak Pink Panther, I love you, Don't Worry and ape lagi ntah.






Pukul 11 baru balik. Fuhh! Aku memang exhausted gila weh. Tapi enjoy sangat :)


Okay post aku panjang gila kan? Sebab aku suka sangat dah menunda. Sekali update HAMEK KAU HANJ. Penuh satu page. Okay, salut!


p/s: I LOVEEE MY FAMILY AND COUSINS <3

Popular posts from this blog

to The One Who Listens ♡

16/17 years old me

Random post on my day, raya and all good stuff