Trip to Johor with Selangor-ians ❤



Okay gaiss
Seperti biasa. Post ni aku jangka akan jadi panjaaaaaang gila. Kalau rajin baca silalah. Kalau tak pun, tak kisah ;) So let's start

Kitorang firstt kena gerak pergi Shah Alam and lapor diri pukul 9 dekat sana. Yang kena hantar kitorang ialah Ustaz Hassan. Aku, Nano, Husna and Shafiqah kemain datang awal awal dah semangat lah ni nak pergi camp. Punyalah kitorang tunggu tunggu ustaz sampai nak dekat pukul 9 dah, seraaam kot sebab takut lambat. Call call tiba tiba ustaz boleh kata dia tengah potong rumput -.-' dia ingat kena hantar sana tengahari. Adoiii ustaz ni. So bila ustaz dah sampai gerak lah kami ke Shah Alam :)

Sampai sana semu org dah naik bus. Omg, rasa nervous gila kot. Kitorang lah budak paling lambat. Nasib baik tak kena tinggal. Kalau kena tinggal, sure kitorang hangkut Ustaz sekali pergi Johor. Hahaha. So naiklah bus selama 5 jam sebab bus slowwww and banyak berhenti. Oh and btw, kitorang dapat RM1O ringgit free free goverment kasi. Pa lagi, kasi habis lah dekat RNR, hahaha. Baiklah, bangun tidur bangun tidur dengar lagu last last sampai jugak. Memang enjoy gilalah tidur sambil hujan kan. Dah sampai dekat Pusat Koko Negeri Johor tu still hujan so kitorang pun dirikan khemah dekat bawah bumbung. Dah dirikan khemah makan makan solat solat siap siap. Malam malam pulak ada ice-breaking. Best gila. Belajar tepuk semangat, tepuk kenangan. And berkenalan-kenalan. Ramaiii jugak aku kenal, semua best best. Dah habis activity tu, kitorang pun masuk khemah tidur.

Esoknya pula bangun pagi siap siap solat solat bersenam pagi then breakfast.Then kitorang dapat baju Selangor. Semua kena pakai baju tu. Dah settle semua terus gerak naik bus pergi Zoo Johor. Best gila lah show yang burung burung tu. Bijakk gila kot. Berlakon mati lah, naikkan bendera. Comeelll kot burung burung tu. Dah habis show kitorang pun pusing pusing zoo. And aku ada nampak anak tiger. OMYYYYYYYYYY. Comeeel gila :3 Macam kucingku Simba. Tengok cub tu terus ingat Simba. Oh and yang paling best sekali, abang yang dok jaga PA system tu bukak lagu Westlife. OMG kott. Aku dengan Nano nak macam jerittt gila gila and nyanyi kuat kuat. Hahaha. Then dah 12.30 kitorang gerak lah ke masjid untuk solat dan lunch.

Lepas lunch kitorang sambung activity pergi Majlis Perbandaran Johor. Pusing pusing dalam tu, tengok orang main violin. Ouchh gila, macam romeo dah aku tengok budak budak lelaki tu. Dah la kecikk lagi. Comeeel gila. The pusinggggg pusingg then naik bus terus gerak balik pergi camp. Aku pun for the first time mandi selepas 2 hari tak mandi. Harharharrrrr :P

Selepas maghrib kitorang pun naik bus balik gerak pergi Danga Bay. Excitedd kot, sejak pagi lagi. Dah sampai tu kitorang dapat pass then naik la boat. Aku duduk dekat atas roof. Sejuuuk gila, view dia pun cantik sangat, colourful. Nampak bandar JB. Lepas main boat, kitorang masuk dia punya theme park. Tuan tu pun kasi masa from 9.30 till 11.30pm. HAHAHA! Memang berfoya foya gilalah kitorang dalam tu. Naik pirate ship lah. Omg yang pirate ship tu best gila, rasa macam perut macam tertinggal dekat atas, hahaha. Bak kata Ilham, kita belajar physic. Momentum takde gravity ke pebenda ntah dia tu. Hahahaa. Then kitorang naik roller coaster, benda kereta pusing pusing yang memang rasa macam dah nak terpelanting dah. Then naik bumper car. Enjoyy gila :D Last last semua naik mual sebab main banyak sangat benda pusing pusing. Tapi memang enjoy sangat. Bisingg gila kitorang. Hari tu memang memenatkan gila, tapi awesomeeee gila! :D

Esoknya pulak sama jugak. Bangun solat senam breakfast then terus gerak pergi Taman Negara Tanjung Piai. Tiba tiba bus lelaki buat masalah. Tak boleh start. Nasib baik lelaki ada 2 bas. So setengah lelaki masuk bus lelaki and setengah lelaki kena masuk bus perempuan. Perkhh memang seksa lah kan, semata mata untuk diorang kitorang perempuan kena duduk bertiga tiga dalam 2 seat. Redhaa jelah. Dah sampai Taman Negara, dia ada macam air pasang surut ke apa ntah. Benda tu berlaku 1-2 kali setahun. So kitorang kira beruntunglahh :D Jalan jalan dalam Taman Negara kaki ayam sebab air pasang surut. Enjoyyyyy. Macam macam haiwan exotic kitorang nampak. Then jalan lagi dalam taman negara sampai lah kitorang sampai dekat pengujung Malaysia. Line phone daripada line Malaysia terus tukar ke line Singapore. View dia memang whoaaaa, cantik sangat, laut luasss, nampak Singapore. Haa, kitorang dah sampai dah dekat "Southernmost point of Peninsular Malaysia" :D Bangga kot, dapat sijil sekali. 

Okay next kitorang pergi Masjid. Lelaki hendak menjalankan solat jumaat manakala perempuan duduk dalam bus. Lelakii yg non-muslim pun duduk dalam bus perempuan jugak sebab bus diorang rosak. So dapat lah kitorang berkenalan dengan dua chinese boy yang hensemm gils. Dua dua nama Yong. So berchatiing lah kitorang dalam bus. Lepas lelaki dah siap solat, kitorang pun sambung activity. Next kitorang gerak ke Muzium Nenas. Dekat sana main quiz, main bowling, makan aiskrim nenas, makan nenas fresshhh. Huihh, layan kot nenaasss je petang tu. So dah habis activity dekat Muzium Nenas, kitorang pun naik bus tidur sambil hujan hujann. Wuuu layan lah sejuk sejuk. 

Malam pulak activity kitorang bermain. Best gila main radio rosak. Then kitorang kenakan kak Nina and Ah Yong dalam game yang hobi hobi tu, yang cikgu kata hobi dia lain then kita kena tanya tanya soalan tu. Susahh nak terangkan -.-'. Lepastu main kenakan cikgu. Cikgu kena berlakon jadi "Bidan terjun dari tingkat 8". Hahaha, lawakkk gila xD Dah macam apa dah. Then cikgu kena berlakon " Cikgu yang mencari publisiti". Lagilahhh, mengarut xD Memang best sangat, sebab cikgu semua sporting. Dah pukul 11 something kitorang masuk tidur.

Harini pulak bangun seperti biasa. Dah settle semua kitorang buat raptai penutup. Aku dengan Husna tukang mengasi hadiah. Lepas raptai teruss pergi Majlis Penutup. Lepastu kitorang ambil gambar ramai ramai, memang meriahh gila :D Then kitorang pun lunch nasi Hujan Panas :D Time orang tu bukak je bekas yang ada nasi tu, semua orang jerit " WOOOOOO" . Sakai xD Semua dah kebulur sangat dah kan. Then bila semua dah settle, kitorang pun bye bye lah Pusat Koko JB. Aku excitedd gila dah nak balik sebab rindu gilaaaaaa dekat family sayaang, aku mengaku, masa first malam pertama tu aku nangis kot dalam bantal sebab rindu, hahahaa. So dalam bus semua mengorok then bila dah nak sampai semua bising. Haiihhh. Rinduu kot. Harap boleh jumpa korang lagi. Memang seriously best, ada kawan yang chinese, indian, malayan. Serious seronokk gila! :D This is the best camp ever!

p/s: Ceh aku dekat sana kemain pakai baju Selangor, nyanyi lagu Selangor pagi pagi. Aku dah rasa macam lupa daratan dah. Aku org JB tapi bajet orang Selangor. Hahaha. Eeee, mana ada, aku still orang JB kayyyy. 

Baiklah post ni FRESHH gila. Aku baru je sampai petang tadi then balik rumah mandi manda solat rehat terus on. Hhahhaa. semangat kaaannn. Baiklah

p/s/s: Gambar semua dekat FB dia page Pusat Koko Selangor. Tengok lah kalau aku rajin aku share ;)

BYEEE! Adios ;)

Popular posts from this blog

to The One Who Listens ♡

16/17 years old me

Random post on my day, raya and all good stuff