Sunshines :D






HI there :3


Okay so saya telah memprivatekan blog saya pada beberapa hari yang lepas atas sebab sebab tertentu and today IM BACK! :D 




Raya Haji


Yayy! So masa jumaat minggu lepas, kami se-family pulanglah ke kampung halaman untuk beraya haji. Kitorang tak balik lama pun, hari jumaat sampai isnin je. Tapi walaupun 5 hari je, banyakkkk gila kenangan. So masa hari ahad tu time raya haji pagi pagi aku dah bangun mandi air sejuk gila kan terus segar. Then kitorang gerak lah pergi Chalok nak pergi sembelih lembu. Kitorang pergi lah sana ramai ramai naik van.On the way nak pergi sana, tiba tiba van terberhenti. Semua macam gabra then kitorang ramai ramai pun tolak la van tu ketepi, dok betul betul kan last last hidup jugak. So sambung lah perjalanan pergi sana. Then dah sampai pergi kat kandang lembu tengok lembu kena sembelih. Budak budak perempuan dok goyang kaki kat tepi, budak lelaki dok bersihkan lembu, Hahahaha :D Then dah siap tu kitorang pun balik lah ke rumah(kampung). Time hari ahad tu memang PANASS gila. So kitorang plan nak pergi mandi sungai kat Lata Belatan. Gerak lagi ramai ramai naik van ( ibubapa tidak ikut, muahhaha) . Dah sampai sana kitorang jaaallaaaann sampai tempat yang dalam. Aku pun terus terjun la kan, takde masa nak turun ikut batu. Tapi tempat tu memang dalam gilalah. So kitorang pun mandi mandi, AHHHH. Enakk gila, sejukkk sangat :D Kitorang main lemas lemas, main baling baling, Hahahha. Then kitorang main satu mainan yang SAKAI gila. Adalah satu flying fox yang aku tak tahu jin mana buat, tiba tiba budak laki nak main. Dia macam kita pegang benda tu daripada tempat tinggi then turun ke sungai dengan takde belt takde safety langsung. Tapi aku tak tahu kenapa aku bodoh sangat nak try, aku jelah sorang perempuan nak try. Abang aku dah kata jangan, tapi aku degil -.-'. So aku pegang benda tu then DUSSSSHHHH! Jatuh atas batu. Time tu semua diam, HAHAHAH! Aku pun time tu tak ingat apa, sakit tak terkata. Bersyukur gila badan land dulu bukan kepala. Aku pun dengan kuatnya jerit DAMMMMMMNNNNN! Perkh, memnag sakit lah kan, calar calar hahh kat belakang aku ni dengan tangan aku. Tak tahu apa dah jadi dalam badan aku ni, patah ke apa ke. Aku jalan pun dah macam orang tua. So moral of the story : DENGAR CAKAP ORANG TUA. Adik beradik dengan cousin aku semua dah bahan aku DAMN DAMN. Aku pun satu dah jatuh teruk bukannya nak berzikir ke apa, aku pergi mencarut pulak -.-' Haihhhh. Malam malam pulak kitorang lepak makan icecream goreng tepi pantai main truth or dare. Seronooookkk sangat balik kampung ;)


So hari isnin pun kitorang balik la ke KL. Time baru nak naik van tu, tangan aku kena gigit dengan Mizan. Daaaaaaammnn lah jugak yang aku jerit -.-' kena bahan lagi, hahhaa. So balik balik tu kitorang singgah dekat Genting Highlands dengan cousin. Tidur lah dekat Hotel Awana satu malam je. Then esok hari masuk theme park ramai ramai. Best gilalah. Lama dah tak pergi sana. Lepastu ada satu incident yang ANNOYING GILA. Aku dengan abang abang aku kemain lah kan beratur sejam nak naik Space Shot. Last last dah sampai turn kitorang, dia kata * Ride closed :) * . PERKHHH. Ze heckkk. Dahla kena berdepan dengan remps. Berpeluk peluk kiss kiss. Ya allah. Geli sumpah aku cakap. Wahai remps sekalian, kalau memang dah nak buat sangat dah pun, takpayah la buat dekat public. Memalukan orang islam dah kaum melayu je tahu tak. Aku tengok orang mat salleh yang datang pun tak macam korang. Agama lain dok tengok korang lain macam je. Respect lah tempat public. Ishhh! Tak paham aku orang macamni. So kitorang sambung lah main outdoor dengan indoor. Seronok sangat and penat gila! Lepas maghrib kitorang pun pulang.


SPBT & Senam seni


Yeah. Kitorang dah dapat buku FORM 3. Rasa akward gila. Haiii besar dah aku ni. Padahal umur aku 14 pun belum -.-'


So semalam senam seni. Seronok sangat, bersenam robik menari nari. Aku memang semangat gilalahkan. Dah penat penat bersenam aku libas la chocolate chip cookies, air gas, cake -.-'. Then masuk rumah hantu macam PFTTT. "Seram gila". Then tengok orang main bola yada yada haha haha and zaza zaza. Gambar boleh dilihat di FB


Okay ADIOSSSS! 

Popular posts from this blog

to The One Who Listens ♡

16/17 years old me

Random post on my day, raya and all good stuff